SPA Beri Amaran, Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang’ Boleh Kena Tindakan Tatatertib

6 May 2023 • 3:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tindakan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan tindakan tatatertib boleh dikenakan buat penjawat awam sekiranya memanggil rakan sekerja dengan panggilan ‘sayang’ atau ‘dear’.

Tambahan, penjawat awam yang curang dan menjalinkan hubungan sulit di tempat kerja juga mampu dikenakan tindakan.

Tindakan tatatertib

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, ucapan dan panggilan manja seperti ‘sayang’ oleh mana-mana penjawat awam yang mengganggu mangsa boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual lisan.

Gangguan seksual yang lain seperti menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati dan menghantar gambar yang tidak senonoh atau berbaur seks juga bakal dikenakan tindakan tatatertib.

Semua kesalahan itu akan diberi tindakan mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Penjawat awam yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan undang-undang sama ada diberi amaran, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media