SpaceX Akan Melancarkan Starship Pada Bulan Julai Ini

TechnologyDigital
15 Jun 2022 • 6:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Starship ialah kapal angkasa dari SpaceX yang akan digunakan oleh mereka untuk melakukan misi ke bulan dan seterusnya ke Marikh. Beberapa ujian yang dilakukan sebelum ini pada skala lebih kecil berakhir dengan kegagalan sebelum akhirnya berjaya mendarat secara menegak dengan selamat. Kesemuanya adalah pelancaran dalam atmosfera bumi sahaja.

image is not available

Tetapi kini Elon Musk mengesahkan Starship akan melakukan pelancaran ke orbit pertamanya pada bulan Julai akan datang. Kemudian ia akan dilancarkan sekali setiap bulan untuk menguji sistemnya. Pelancaran Starship adalah penting kerana ia turut menjadi platform ujian untuk roket Super Heavy yang menggunakan 32 enjin Raptor.

image is not available
Wikipedia Commons – Thorenn – CC BY-SA 4.0,

Raptor ialah roket yang paling berkuasa pernah dibangunkan oleh SpaceX bagi menggantikan enjin Merlin yang digunakan pada Falcon Heavy sekarang. Starship sendiri akan dilengkapi enam enjin Raptor apabila beroperasi kelak.