SpaceX Akan Membina Kapal Tunda Untuk Melupuskan Stesen Angkasa Antarabangsa

TechnologyDigital
28 Jun 2024 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akan berhenti beroperasi pada tahun 2030 dan dinyahoribit pada tahun 2031 bagi menamatkan operasi yang bermula sejak 1998. Kerana ia sebuah objek yang bersaiz besar, ia tidak boleh dibiarkan menjadi sampah angkasa lepas dan proses pelupusan perlu dilakukan bagi mengelakkan kerosakan kepada objek lain yang mengorbit bumi.

image is not available

NASA telah menganugerahkan kontrak kepada SpaceX untuk membina Kenderaan Nyahorbit Amerika Syarikat (USDV) yang akan menjadi kapal tunda yang menarik ISS keluar daripada orbit dengan selamat. ISS kemudian akan kembali ke bumi dan terhempas di Point Nemo yang terletak di Lautan Pasifik. Tiada isu bahaya kepada penduduk bumi kerana Point Nemo terletak 2687 km dari kawasan berpenduduk.

Spesifikasi kapal tunda USDV ini masih lagi tidak diumumkan. Walaupun akan dibina oleh SpaceX, ia akan dimiliki sepenuhnya oleh NASA yang juga akan menjalan misinya pada tahun 2031 nanti,

China telahpun membina stesen angkasa Tianhe mereka sendiri dengan Rusia pula memulakan pembinaan stesen angkasa mereka pada tahun 2027. Sementara itu NASA akan bekerjasama dengan syarikat swasta Axiom Space untuk stesen angkasa mengorbit bumi dan stesen angkasa The Gateway pula dibina di antara bumi dan bulan untuk menyokong Misi Artemis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved