SpaceX Dan xAI Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Gabungkan Syarikat

WorldTechnology
30 Jan 2026 • 4:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jikalau semalam Tesla mengumumkan akan melakukan pelaburan sehingga $2 bilion pada xAI, kini laporan baharu hadir menyatakan SpaceX dan xAI mungkin bergabung menjadi satu entiti pada tahun ini.

Kedua-dua syarikat ini dimiliki oleh Elon Musk. Menyatukan kedua-dua syarikat juga dijangka akan menjadikan nilai entiti baharu berkenaan lebih tinggi, sebelum melakukan penyenaraian awam untuknya.

image is not available

Sekiranya benar, maka kita mungkin melihat produk seperti platform X, Grok, perkhidmatan internet Starlink dan juga penawaran roket SpaceX beroperasi dibawah satu entiti. Malah, ini juga mungkin memudahkan lagi cita-cita Elon Musk dalam membina pusat data di angkasa.

Untuk makluman, sebelum ini SpaceX telah melabur pada xAI pada tahun lepas. Pada tahun lepas, Elon Musk turut mengabungkan syarikat xAI dan juga platform X dibawah satu entiti sama. Selain itu, Elon Musk juga turut pernah gunakan Tesla dalam membeli SolarCity.