SpaceX Dilaporkan Antara Pihak Berpotensi Membeli Syarikat Satelit Globalstar

WorldTechnology
10 Nov 2025 • 11:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Globalstar merupakan salah satu syarikat satelit popular, dimana Apple turut menggunakan perkhidmatan Globalstar dalam penawaran perkhidmatan berasaskan satelit – terutamanya untuk komunikasi kecemasan diluar rangkaian WiFi dan selular. Terbaru, ia diperkatakan Globalstar sedang mencari pembeli yang berpotensi mengambil-alih syarikat berkenaan.

image is not available

Beberapa pihak sedia mengadakan perbincangan, dan SpaceX milik Elon Musk merupakan salah satu pembeli yang berpotensi. Seperti ramai sedia maklum, SpaceX turut memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan melalui satelit, termasuk penawaran rangkaian internet melalui satelit dibawah jenama Starlink.

Apple sedia mempunyai 20% pegangan pada Globalstar, dan mungkin turut mempunyai kata putus untuk sebarang transaksi melibatkan Globalstar.

Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen, dan terdapat kebarangkalian Globalstar terus kekal kendiri dan tidak menjual kepada sesiapa. Ia dianggarkan syarikat satelit tersebut bernilai sekitar lebih $10 bilion.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved