SpaceX Tangguh Misi Ke Marikh – Akan Fokus Misi Ke Bulan Pada 2027

WorldTechnology
8 Feb 2026 • 4:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Elon Musk kini dilaporkan meletakkan keutamaan untuk misi ke Bulan terlebih dahulu, sekaligus menangguhkan misi ke planet Marikh. Sebelum ini, SpaceX yang diterajui oleh Elon Musk menetapkan sasaran untuk menghantar misi ke Marikh menjelang penghujung 2026.

Untuk makluman, sebelum ini Elon Musk sedia mengatakan pelbagai perkara, dan akhirnya menangguhkan perancangan berkenaan. Jadi, kemungkinan besar, penangguhan misi ke Marikh ini mungkin tidak mengejutkan ramai pihak.

Melalui perubahan ini, SpaceX menyasarkan pendaratan di Bulan menjelang Mac 2027 kelak. Misi berkenaan tidak akan membawa angkasawan. Sekiranya semua berjalan lancar, misi seterusnya dijangka akan membawa angkasawan untuk mendarat di Bulan.

Selain Amerika Syarikat, syarikat China juga turut giat dalam sasaran untuk menghantar misi ke Bulan, dan telah melakukan beberapa pelancaran sebelum ini. Ini mungkin salah satu sebab SpaceX turut memfokuskan misi ke Bulan berbanding memberi perhatian ke Marikh.