“Spanar Pakai Niat” – Ramai Terhibur Lihat Barang Dipesan Online Tak Sama Dengan Realiti [Video]

LocalEntertainment
17 Dec 2024 • 4:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kecanggihan teknologi pada masa kini harus diakui sememangnya memudahkan kehidupan seharian.

Contohnya seperti urusan membeli barang. Jika dahulu, orang ramai terpaksa keluar ke kedai bagi mendapatkan barang yang diingini.

Kini dengan hanya satu ‘klik’ di peranti pintar, orang ramai boleh membeli barang diingini tanpa perlu keluar dari rumah.

Bagi kebanyakan orang, cara sebegini sememangnya mudah malah harga jualan pun jauh lebih murah.

Namun, ada kalanya barang yang sampai tidak sama seperti yang digambarkan dan keadaan ini sememangnya boleh mendatangkan rasa kecewa.

Beli Spanar Dalam Talian Tapi Dapat Kertas Gambar Spanar

Itulah yang dihadapi oleh seorang lelaki apabila barang yang dibeli secara dalam talian tidak sama dengan apa yang sampai kepadanya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bengkel_tangan_kiri, pengguna berkenaan berkongsikan keadaan barang yang dibeli menerusi satu platform beli belah itu.

Melalui perkongsian tersebut, kedengaran lelaki berkenaan meluahkan rasa pelik apabila bungkusan barang yang dibelinya bersaiz kecil dan berbeza dengan apa yang dijangka.

Difahamkan, dia membeli kotak peralatan mekanikal berwarna merah yang sepatutnya mengandungi 305 peralatan seperti spanar dari platform berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah bungkusan yang diterima bukanlah mengandungi barang tersebut sebaliknya ia hanyalah sehelai kertas A4 yang mengandungi gambar barang berkenaan.

“Hari ni kena scam beli spanar. Aku beli dekat sini. Aku pelik juga kenapa badan dia sampai besar ni.

“Tengok ni spanar ni baik punya. Taraa. Cil*k* punya orang. Dia tipu aku. Tak boleh buka, dia dah padam page dia. Patutlah sampai (barang) kecil,” katanya.

Pengguna Dah Minta & Dapat Ganti Rugi

Melalui video itu juga, pengguna berkenaan turut berkongsikan harga kotak peralatan itu yang bernilai RM19.76.

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen, lelaki itu menyatakan bahawa dia telahpun meminta ganti rugi dan mendapat refund dari platform tersebut.

Ramai Terhibur, Ada Yang Turut Kongsi Pengalaman Sama

Video yang telah mendapat lebih 108,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur melihat barang yang diterima oleh lelaki berkenaan.

Malah, ada yang berseloroh menyatakan bahawa spanar itu memerlukan imaginasi yang tinggi untuk menggunakannya.

Namun, ada pengguna yang memberi cadangan dan nasihat tentang cara untuk membeli di platform tersebut bagi mengelakkan daripada tertipu contohnya seperti membaca review.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama pernah tertipu dan mendapat barang yang berbeza dari jangkaan ketika membuat pembelian secara dalam talian.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Biasa Set Spanar Tu Dalam Seratus Juga, Kalau Murah Tu Baik Jangan”

image is not available

“Saya Pun Pernah Terkena Beli Telefon, Dapat Kotak Phone Je Dalam Ada Sabun”

image is not available

“Spanar Guna Pakai Niat Ni Bang, Tenung Lama-Lama Gambar Tu”

image is not available

“Imaginasi Kena Tinggi Nak Guna Spanar Ni Bosku”

image is not available

“Sebab Tu Beli Dekat Online Kena Tengok Review Yang Betul, Kalau Tak, Nak Beli Pun Risau”

image is not available

“Nasib Harga Murah, Kalau Mahal Mahu Menangis”

image is not available

Source: