Speaker baharu dipilih 19 Februari ini dalam sidang khas Dewan Negara

Politics
9 Feb 2024 • 8:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nur Jazlan

KUALA LUMPUR - Dewan Negara akan mengadakan persidangan khas pada 19 Februari ini, bagi memilih Speakernya yang baharu.

Portal The Star pada Jumaat melaporkan, perkara itu telah disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika dihubungi.

Laporan itu menyebut, surat jemputan bagi tujuan memilih Speaker yang baharu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Negara, Sujairi Abdullah, dan pemilihan itu akan diadakan pada jam 2 petang di Kompleks Parlimen.

Speaker sebelum ini, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melepaskan jawatannya pada Januari lepas, untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, bagi menggantikan Tun Taib Mahmud yang sedang mengalami komplikasi kesihatan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Malaysia sebelum ini memaklumkan, seorang calon telah dikemukakan, dan Kabinet telah diberitahu tentang individu tersebut. - Awani