Speaker Dewan Negara terima rawatan di IJN

Politics
7 May 2024 • 5:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mutang Tagal

SHAH ALAM - Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selepas ketibaannya di Malaysia daripada Azerbaijan untuk lawatan kerja.

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara turut memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan Senator.

“Sebarang maklumat akan dimaklumkan oleh pejabat ini mengikut keadaan semasa.

“Keluarga Mutang mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa yang diberikan dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam tempoh rawatan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan, Mutang mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.

Sebelum menghadiri forum tersebut, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Ilham Aliyev Perdana Menteri Ali Asadov dan Speaker Milli Majlis Republik Azerbaijan Sahiba Gafarova serta menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di negara itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved