Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL

6 May 2024 • 4:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal kini menerima rawatan perubatan di sebuah hospital di sini susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan.

Menurut kenyataan pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu dan pulang lebih awal daripada jadualnya.

“Senator mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia dan Azerbaijan yang membantu urusan rawatan beliau di negara itu dan urusan pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih di atas ingatan serta doa untuk kesembuhannya dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada beliau dan keluarga sepanjang tempoh rawatan ini,” menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Mutang mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.

Sebelum menghadiri forum tersebut, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Ilham Aliyev Perdana Menteri Ali Asadov dan Speaker Milli Majlis Republik Azerbaijan Sahiba Gafarova serta menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di negara itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved