Speaker DUN Selangor tolak soalan Adun Sabak dan Taman Medan, seratus peratus sama

Politics
28 Feb 2024 • 4:58 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San telah menolak soalan daripada dua Ahli Dewan Undangan (Adun) dari Sabak, Sallehen Mukhyi dan Taman Medan, Dr Afif Bahardin selepas mendapati isi kandungan soalan mereka adalah seratus peratus sama.

Menurut Weng San, kedua-dua soalan mengenai perlombongan pasir di Selangor itu adalah sama dari segi ayat dan perkataan, justeru ia terpaksa ditolak kerana melibatkan dasar awam.

“Soalan daripada dua Adun itu adalah berapakah jumlah kawasan di negeri Selangor yang telah diluluskan untuk perlombongan pasir, senaraikan jumlah syarikat yang diberikan konsensi perlombongan pasir di Selangor, nama-nama syarikat yang diberikan kebenaran oleh Kumpulan Semester Sdn Bhd untuk melombong pasir serta perincian mengenai keluasan tanah, jumlah pasir serta nilai yang dibenarkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian sebelum sesi soal jawab pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Persidangan DUN Selangor dijadual berlangsung sehingga 11 Mac ini.

Weng San turut menegur Adun-Adun supaya mengemukakan soalan yang tulen hasil pemikiran dan pendapat mereka.

Jelasnya, perkara ini pernah berlaku di DUN Pulau Pinang justeru Selangor akan mengikut kelaziman yang berlaku di negeri lain iaitu menolak soalan dikemukakan,’’ katanya. – 28 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved