Speaker Parlimen Tunisia Ucap Tahniah Pada DSAI & PH Atas Kejayaan Dalam PRU15

Politics
23 Nov 2022 • 11:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Speaker Parlimen Tunisia Ucap Tahniah Pada DSAI & PH Atas Kejayaan Dalam PRU15

Speaker Parlimen Tunisia, Cheikh Rached Ghannouchi telah menucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan di atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh calon Perdana Menteri PH itu melalui laman facebooknya hari ini.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda dan parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan yang berjaya memenangi PRU15.

”Kejayaan anda dalam pilihanraya yang sengit ini adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysian memberikan kepercayaan dan sokongan yang jitu kepada polisi-polis yang diperjuangkan PH.

”Kami, Parti Ennahdha, sangat gembira dengan kejayaan ini, yang mana kami anggap sebagai kemuncak kepada usaha, visi dan komitmen anda dalam memodenkan Malaysia.

”Kami juga mahu mengambil kesempatan ini untuk memperbaharui komitmen untuk mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan bilateral antara kedua-dua parti yang diwakili kita berdua,” katanya.

Seterusnya, Rached Ghannouchi juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemimpin PH dalam mengemudi negara demi kemaslahatan rakyat Malaysia.

Ciapan DSAI telah meraih perhatian warganet Malaysia dengan 22.2k tanda suka dan 6,518 ulang kicau.

Terdahulu, walaupun PH berjaya menjadi gabungan parti yang berjaya memenangi kerusi terbanyak dalam PRU15, namun gabungan itu masih gagal membentuk kerajaan selepas tidak mempunyai majoriti mudah 112 kerusi.

Menjelang hari kelima selepas PRU15 diadakan, Malaysia hari ini masih tidak mempunyai seorang Perdana Menteri.

Sumber: Anwar Ibrahim via Twitter