“Spec Tak Cukup Besar Lagi Tu Datin” – Kongsi Gambar Tunai Umrah, Eina Azman Ditegur Netizen

14 Nov 2022 • 11:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, pelakon jelita, Datin Seri Paduka Eina Azman memuat naik beberapa keping gambarnya menunaikan umrah bersama suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Difahamkan, umrah mereka untuk kali kedua itu merupakan nazarnya dan suami ketika mereka dijangkiti dengan wabak Covid 19 setahun yang lalu.

image is not available

Perkongsian itu dipuji netizen yang bersyukur melihat perjalanan Eina Azman dan suami sepanjang mengerjakan umrah.

Dalam pada itu, rakan kepada Eina yang turut ke Tanah Suci Makkah bersamanya mendapat perhatian segelintir netizen yang mempersoalkan gaya pemakaiannya ketika dalam perjalanan ke sana.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh seolah-olah adanya pertandingan siapa yang memakai kaca mata hitam paling besar antara mereka.

image is not available

image is not available

image is not available

Apa komen korang? Rasanya okay je kot sebab mereka tutup aurat dengan sempurna sepanjang berada di Makkah.

Kredit: Instagram eina_azman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media