Speedy Tigers mantapkan mental, fizikal di Lenggong

15 Oct 2022 • 10:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Arul

PROGRAM pemantapan pasukan di Lenggong, Perak diyakini mampu memantapkan persediaan mental dan fizikal 26 pemain skuad senior hoki lelaki kebangsaan menjelang kejohanan besar termasuk Piala Sultan Azlan Shah 2022 dari 1 hingga 10 November ini.

Ketua Jurulatih, A. Arul Selvaraj percaya program tersebut dapat memberi manfaat kepada anak-anak buahnya terutama dari sudut kepentingan mempercayai satu sama lain, menyerap tekanan sebagai satu pasukan, mencari jalan menyelesaikan setiap masalah serta kerjasama dalam menghadapi cabaran mendatang.

"Ini merupakan kali pertama kami menjalani program pemantapan pasukan atau 'team building’ yang tujuannya adalah untuk mencungkil emosi pemain dan maruah atau jati diri mereka bagi memberikan semua yang dimiliki apabila beraksi untuk Malaysia.

"Apa yang pemain akan capai selepas tamat program ini adalah semangat patriotisme dalam diri mereka, maruah untuk mempertahankan pintu gol demi negara dan mencari kemenangan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia pada Sabtu.

Selepas aksi Piala Sultan Azlan Shah, Speedy Tigers dijadual turun beraksi pada Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India dari 13 hingga 29 Januari depan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved