Peranti Realme terbaru, iaitu Realme GT8 Pro akan dilancarkan tidak lama lagi, dan terkini, nampaknya spesifikasi untuk peranti tersebut, yang akan menjadi peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 sudahpun didedahkan.
Sebelum ini, Realme sendiri telah mendedahkan bahawa peranti ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite 5 yang baru sahaja diumumkan beberapa minggu lalu sewaktu acara Snapdragon Summit di Hawaii.

Terkini, Gadgetsdata di X telah mendedahkan butiran lanjut mengenai peranti pintar terbaru ini, dan ia cukup menarik sekali.
Bermula dengan modul kamera, sebelum ini kami juga telah melaporkan bahawa Realme GT8 Pro akan hadir dengan bonggol kamera yang boleh ditukar-ganti. Peniris maklumat tersebut mengatakan bahawa Realme GT8 Pro akan hadir dengan sistem tri-kamera yang terdiri daripada lensa telefoto dan telemacro 200MP, lensa tetap 50MP dengan OIS terbina dan lensa ultralebar 50MP.
Sistem kamera ini juga merupakan sebuah kolaborasi baru dengan jenama kamera terkemuka Ricoh.
realme GT 8 Pro :
200MP 1/1.56" HP5 periscope telephoto, telemacro
50MP LYT-808 1/1.4" OIS
50MP UW (likely JN5)
Interchangeable module, Ricoh collab
7000mAh+120W
Better haptics &
Ultrasonic FS, IP69
2K 144Hz 10bit LTPO BOE flat oled
SD 8E Gen 5 pic.twitter.com/TG031HyJW0
Ia juga dikatakan akan hadir dengan paparan skrin OLED LTPO yang dihasilkan oleh BOE dan hadir dengan resolusi 2K dengan kadar segar semula 144Hz dan kebolehan untuk mengolah semula ruang warna 10bit yang menjanjikan olahan warna yang jitu.
Ia juga dikatakan akan menggerakkan sistem operasi Android 16 dengan antaramuka Realme UI7 dan hadir dengan bateri sebesar 7000mAH dan akan memperlihatkan penggunaan teknologi pengecasan pantas.
Realme GT8 Pro akan diperkenalkan sekitar minggu hadapan, jadi sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya.

