Spesifikasi Honor Robot Phone Tertiris Dengan Kamera Utama Dan Periskop Telefoto 200MP

TechnologyDigital
14 Jul 2026 • 4:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spesifikasi Honor Robot Phone Tertiris Dengan Kamera Utama Dan Periskop Telefoto 200MP

Honor Robot Phone telah diperlihatkan kepada umum sewaktu MWC 2026 namun pelancaran rasminya dijangka berlangsung pada Ogos 2026. Spesifikasinya masih belum disahkan secara rasmi tetapi khabar angin mula memberikan gambaran awal tentang peranti ini.

Image from: Spesifikasi Honor Robot Phone Tertiris Dengan Kamera Utama Dan Periskop Telefoto 200MP

Menurut Digital Chat Station, Honor Robot Phone bakal hadir dengan paparan rata berukuran antara 6.3 hingga 6.4 inci dengan resolusi 1.5K serta bezel ultra nipis di sekeliling. Peranti ini dikatakan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 sekali gus meletakkannya dalam kategori mercu premium dengan kapasiti bateri sekitar 6,000mAh.

Bahagian kamera menjadi tumpuan utama kerana dikhabarkan hadir dengan kamera utama 200MP, panjang fokus 23mm serta sokongan 4D gimbal stabilization. Selain itu, ia dijangka turut dilengkapi kamera ultra‑lebar 50MP dan periskop telefoto 200MP.

Image from: Spesifikasi Honor Robot Phone Tertiris Dengan Kamera Utama Dan Periskop Telefoto 200MP

Sistem pengimejan ini dikatakan menggunakan teknologi baharu Honor yang berpotensi membawa peningkatan besar dalam keupayaan fotografi. Pada masa yang sama, Honor menjalin kerjasama dengan ARRI, jenama terkemuka dalam industri sinematografi bagi memperkukuhkan lagi pengalaman rakaman imej dan video pada peranti ini.

Image from: Spesifikasi Honor Robot Phone Tertiris Dengan Kamera Utama Dan Periskop Telefoto 200MP

Menariknya, pengalaman kamera pada Robot Phone ini dilihat sebagai pratonton awal kepada teknologi yang bakal diperkenalkan dalam siri Honor Magic 9. Kesemua maklumat ini masih berbentuk andaian dan ura‑ura semata‑mata, maka ia perlu dianggap sebagai spekulasi sehingga Honor sendiri membuat pengumuman rasmi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved