Spesifikasi Komputer Intel NUC Generasi Ke-12 Serpent Canyon Tertiris

TechnologyDigital
22 Jun 2022 • 7:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri komputer NUC (Next Unit of Computing) keluaran Intel dilihat akan menerima penambahan generasi ke-12 yang dinamakan Serpent Canyon dan akan dikuasakan sepenuhnya oleh penawaran Intel dari segi CPU dan GPU.

image is not available

Rangka komputer Serpent Canyon dijangka akan hadir dengan saiz sebesar 2.5 liter dan dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-12700H dan juga kad grafik Intel Arc Alchemist 770M yang mana komponen CPUnya merupakan komponen komputer riba berkuasa, berbanding dengan siri CPU yang menggunakan jumlah kuasa lebih rendah.

image is not available

CPU yang digunakan ini tampil dengan jumlah 14 teras dan juga boleh digerakkan sepantas 4.7GHz pada teras prestasi dan 3.5GHz pada teras efisiensi. Cip ini juga dilihat menggunakan kuasa yang sedikit lebih tinggi pada 45W, tetapi masih lagi menawarkan penjimatan kuasa disamping memaparkan prestasi yang baik.

image is not available

Komputer ini juga dilihat akan tampil dengan sokongan untuk palam-palam terbaru seperti Thunderbolt 4, HDMI 2.1, DisplayPort 2.0, USB 3.2 Type-A dan WiFi 6. Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah Intel akan mula menjual komputer NUC terbaru mereka ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved