Spesifikasi Oppo Find X6 Pro Tertiris Dengan Skrin 2K Dan Kamera 50MP Sony IMX989

TechnologyDigital
6 Nov 2022 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seperti yang diketahui ramai, peranti di bawah siri Oppo Find X sering memfokuskan kepada penawaran spesifikasi tinggi dengan beberapa ciri-ciri eksklusif. Ini termasuklah sistem pengimejan mudah alih lebih baik, cip pemprosesan terkini dan sistem pengecasan lebih pantas.

image is not available

Desas-desus mengenai model kemas kini siri berkenaan kini semakin tular di arena web. Salah satu daripadanya adalah Oppo Find X6 Pro yang dikhabarkan hadir dengan skrin 6.7-inci 2K LTPO E6. Cip Snapdragon 8 Gen 2 akan digunakan dengan gabungan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Ia juga akan dilengkapi kapasiti bateri 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 100W dan nirwayar 50W.

Keupayaan kamera utamanya pula mungkin dilengkapi dengan kamera 50MP (IMX989) bersama sensor bersaiz 1-inci, di samping gabungan dua lagi kamera 50MP untuk kebolehan ultra-lebar dan zum. Turut disertakan adalah perisian daripada Hasselblad seumpama pendahulunya Find X5, di samping cip MariSiliicon X yang menumpukan terhadap sistem pengimejan mudah alih lebih baik. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 32MP.

image is not available

Namun begitu, maklumat dikongsi ini masih tidak dapat disahkan kesahihannya dan besar kemungkinan terdapat perubahan apabila ia dilancarkan kelak. Buat sama ini, adalah baik sekiranya kita menganggap ketirisan maklumat ini sebagai ura-ura terlebih dahulu.