Spesifikasi Penuh Google Pixel Fold Tertiris

TechnologyDigital
2 May 2023 • 11:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Imej pengolokan rasmi Google Pixel Fold tertiris ke laman web pada hujung minggu lalu. Pagi ini spesifikasi lengkap telefon boleh-lipat pertama Google pula tertiris. Ia akan dilengkapi krin 5.8″ OLED 102HZ di bahagian luar dan skrin dalaman boleh-lipat 7.6″ OLED 120Hz.

image is not available

Ini dipadankan dengan cip Google Tensor G2, cip sekuriti Titan M2, memori 12GB LPDDRA5 RAM, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri sebesar 4821 mAh. Sistem kamera utama terdiri daripada 48MP sudut lebar, 10.8 MP ultra sudut lebar dan 10.8MP telefoto 5x zum optikal. Sementara itu di skrin luar kamera 9.5MP digunakan dan kamera 8MP digunakan pula pada skrin boleh-lipat.

Peranti menyokong pengecasan nirwayar 30W. Ia turut melepasi piawaian IPX8. Dari segi saiz IPixel Fold adalah lebih besar berbanding Oppo Find N2 tetapi lebih kecil berbanding Samsung Galaxy Z Fold5. Google Pixel Fold akan diumumkan pada 10 Mei ini di acara Google I/O.