Spesifikasi Samsung Galaxy A25 Tertiris – Skrin OLED 120Hz Dan Exynos 1280

TechnologyDigital
21 Nov 2023 • 1:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah peranti kelas pertengahan baharu Samsung Galaxy A25 tertiris menerusi perkongsian winfuture. Ia menjadi kesinambungan Samsung Galaxy A24 yang diumumkan pada April lalu dengan beberapa naik-taraf dan keupayaan lebih baik.

image is not available

Dari aspek rekaan Galaxy A25 mempunyai tiga kamera di belakang yang disusun secara menegak. Panel hadapan pula sejenis bertakuk kecil untuk kamera swafoto bersama saiz bezel yang tebal. Ia boleh didatangkan dalam tiga pilihan warna seperti biru, hitam dan hijau kekuningan.

image is not available

Skrin dikatakan sejenis OLED FHD+ 6.5-inci dan menyokong kadar segar semula 90Hz. Cip Exynos 1280 digunakan sebagai tunjang utama yang bermakna peranti boleh menawarkan sokongan 5G terbina. Pilihan memori dan storan adalah bergantung pada rantau masing-masing namun dijangka mencapai 8GB RAM dengan storan 256GB.

image is not available

Seterusnya dijangka tiada perubahan untuk sensor utama yang masih sebesar 50MP. Kemudiannya diikuti dengan sensor lebar 8MP dan makro 2MP dengan OIS terbina. Kamera swafoto pula 13MP yang boleh dimanfaatkan untuk tangkapan swafoto atau persidangan video.

Peranti juga boleh mempunyai bateri 5000mAh, NFC, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan Android 14. Seperti biasa persoalan utama semestinya terarah kepada tarikh pelancaran rasmi yang menjadi misteri buat masa ini.