Spesifikasi Tensor G6 Tertiris Dengan CPU Mantap Tetapi GPU Murung

TechnologyDigital
30 Apr 2026 • 4:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Google Tensor G untuk peranti Pixel adalah mengecewakan dari sudut prestasi dan kemampuan gaming. Tensor G5 pada siri Pixel 10 tahun lalu misalnya hanya mempunyai prestasi ci kelas pertengahan seperti Snapdagon 7 dan Dimensity 8000. Maka tahun in jika Google serius untuk menjadikan Pixel peranti mercu, penambahbaikan pada cip adalah wajib.

Google Tensor

Tetapi semalam spesifikasi untuk Tensor G6 tertiris yang membawakan beberapa penambahbaikan yang diminta tetapi dengan satu perkhabaran hiba. CPU lebih berkuasa kerana hadir dengan 7 teras daripada keluarga C1 iaitu 1× C1 Ultra 4.11GHz, 4× C1 Pro 3.38GHz dan 2× C1 Pro 2.65GHz. Ini adalah bagus keran ia teras ARM terkini.

Tetapi ia menggunakan GPU PowerVR C‑Series CXTP‑48‑1536 yang sudah berusia beberapa tahun. Di atas kertas, prestasi gaming siri Pixel 11 yang akan menggunakan Tensor G6 dijangka akan mengecewakan. Ini selari dengan prinsip Google yang melihat Pixel lebih kepada peranti fotografi dengan kemampuan AI menarik bukannya peranti berkuasa untuk gaming.

Ini alasan yang boleh diguna pakai di Amerika Syarikat tetapi tidak di Malaysia. Pelbagai ciri AI unik untuk Pixel masih belum boleh digunakan di Malaysia sepenuhnya. Tanpa prestasi gaming mantap, siri Pixel akan terus dilihat kurang kompetitif.

View Original Article