SPhotonix Membangunkan Storan Kaca 5D Dengan Kapasiti Storan 36TB Dan Jangkahayat 13.8 Bilion Tahun

TechnologyDigital
16 Dec 2025 • 5:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi storan kaca bukanlah sesuatu yang baru. Ia dilihat sebagai sebuah bahan yang sangat sesuai untuk penyimpanan storan yang tahan lasak untuk jangka-masa panjang, dan terkini, sebuah syarikat pemula yang bernama SPhotonix telah memperlihatkan penawaran storan kaca dengan kapasiti tinggi dan jangkahayat yang panjang.

Teknologi storan kaca Sphotonix ini dinamakan 5D Memory Crystal dan sedang dibangunkan di makmal syarikat tersebut, dan sedia dimanfaatkan di pusat data sebagai storan “cold storage” yang bermakna ia boleh digunakan sebagai storan data yang jarang diakses untuk jangka masa panjang tidak lama lagi.

Menurut SPhotonix, medium penyimpanan yang digunakan adalah piring kaca silika terbaja, dimana data ditulis menggunakan cahaya laser femtosecond (10⁻¹⁵ saat) yang akan menulis data dalam skala nano. Data akan disimpan dalam struktur lima dimensi (x,y,z dan orientasi dan keamatan struktur tersebut), dan data ini akan boleh dibaca menggunakan cahaya terkutub.

image is not available

SPhotonix mengatakan lagi bahawa sebuah storan kaca 5D Memory Crystal bersaiz lima inci boleh menyimpan sebanyak 360TB data selama 13.8 bilion tahun sekiranya ia disimpan dengan elok. Dari segi penulisan dan pembacaan data pula, eksperimen awal memperlihatkan kadar penulisan data 4MB/s dan pembacaan data 30MB/s. Ia dijangka bahawa dengan kemajuan teknologi, tidak mustahil untuk angka ini meningkat ke 500MB/s dalam masa tiga ke empat tahun akan datang.

Satu lagi kelebihan medium penyimpanan data menggunakan kaca ialah dengan teknik penyimpanan yang sesuai, storan ini tidak memerlukan sebarang bekalan elektrik sewaktu penyimpanan, dan ini menjimatkan kos bekalan elektrik mana-mana syarikat yang akan menggunakannya.

Seperti yang dijangka, storan kaca ini masih lagi perlu dibangunkan sebelum penggunaannya boleh dikomersilkan. Syarikat-syarikat seperti Microsoft dan Cerabytes sebelum ini juga sudahpun mula memperlihatkan penawaran