SPI KPM Bersesuaian Malaysia Madani

10 Mar 2023 • 7:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
SPI berkenaan antara lain menyebut bahawa konsep pengisian program atau aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah adalah mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung pembukaan sekolah dan aktiviti minggu pertama yang menekankan kepada nilai murni serta progresif dalam kalangan pelajar.

Naib Presidennya, Zairudin Hashim berkata, SPI adalah bersesuaian dengan konsep Malaysia Madani, selain bertepatan hasrat KPM dalam mengangkat karamah insaniah (kemuliaan Insan).

“ABIM menegaskan bahawa reformasi pendidikan wajar bermula daripada amalan menekankan soal nilai murni dari hari pertama persekolahan dan diteruskan sehingga ke akhir sesi persekolahan,” katanya menerusi kenyataan. 

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya mengajak guru dan masyarakat mengambil peluang dan ruang untuk beranjak daripada sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan kepada sistem pendidikan perkembangan.

“ABIM juga menyokong penekanan kepada nilai serta perpaduan, memandangkan masyarakat sudah berkecamuk dengan pelbagai isu politik dan kegalauan nilai di luar pagar sekolah yang tidak berkesudahan,” katanya. 

SPI berkenaan antara lain menyebut bahawa konsep pengisian program atau aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah adalah mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang. 

Ia juga perlu mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif, selain diterapkan sebagai sebahagian pendekatan pengajaran serta pembelajaran yang dapat memupuk nilai. 

Dalam pada itu, SPI itu menggariskan supaya diwujudkan komunikasi berkesan dan memupuk sikap bekerjasama serta persefahaman erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti. 

Konsep pengisian program atau aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah itu juga, perlu memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi. - Getaran, 10 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved