Spider-Man pecah rekod kutipan pembukaan box office di AS, Kanada

EntertainmentMovie
4 Aug 2026 • 1:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Spider-Man pecah rekod kutipan pembukaan box office di AS, Kanada
Pelakon Britain Tom Holland bergambar di karpet merah sebaik tiba untuk menghadiri tayangan perdana UK filem "Spider-Man: Brand New Day" di Odeon Luxe Leicester Square, tengah London pada 29 Julai lalu.

LOS ANGELES - "Spider-Man: Brand New Day" mencatat rekod kutipan pembukaan box office di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Filem terbaru adiwira Marvel itu yang sekali lagi menampilkan pelakon British, Tom Holland sebagai watak utama, meraih kutipan AS$360 juta, meningkat daripada anggaran AS$355 juta yang diumumkan pada Ahad, menurut syarikat produksi Sony Pictures.

Jumlah kutipan tersebut meletakkan "Brand New Day" di hadapan pemegang rekod sebelumnya, "Avengers: Endgame" terbitan Disney yang mencatat kutipan pembukaan AS$357 juta pada tahun 2019.

Angka domestik yang dikemas kini itu juga menjadikan jumlah kutipan pembukaan global filem berkenaan sebanyak AS$932 juta, sekali gus berada di tempat kedua di belakang "Endgame" yang meraih kutipan luar biasa sebanyak AS$1.2 bilion pada pembukaan globalnya.

Diarahkan oleh Destin Daniel Cretton, "Brand New Day" mengisahkan Peter Parker (Tom Holland) yang hidup dalam pengasingan selepas memadamkan identitinya daripada pengetahuan dunia, sambil bergelut dengan perubahan pada kuasa mutannya.

Ketika cuba menjalin semula hubungan dengan bekas teman wanitanya MJ (lakonan Zendaya, yang juga isteri Holland dalam kehidupan sebenar) serta sahabat baiknya Ned (Jacob Batalon), Spider-Man terpaksa berdepan ancaman baharu yang mengancam bandar raya New York.

Mark Ruffalo, Florence Pugh dan Sadie Sink turut membintangi filem ini, yang menjadi pendahulu kepada tayangan "Avengers: Doomsday" pada Disember nanti.

Majalah hiburan Variety menyifatkan pembukaan "Brand New Day" sebagai sangat mengagumkan, sambil menyatakan bahawa filem itu dan "Endgame" merupakan satu-satunya dua filem yang pernah meraih kutipan AS$300 juta dalam satu hujung minggu.

Kejayaan pembukaan Spider-Man itu juga dianggap signifikan memandangkan ia terpaksa bersaing dengan filem blockbuster terbaharu arahan Christopher Nolan, "The Odyssey", yang ketika ini menguasai skrin IMAX.

"Brand New Day" dijadual memulakan tayangan IMAXnya pada hujung minggu akan datang. - AFP

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved