Spotify Buang 1,500 Pekerja Bagi Kurangkan Kos Operasi

Technology
5 Dec 2023 • 10:24 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Spotify umum akan membuang 1,500 pekerja untuk kali ketiga dimana ia akan mengurangkan sebanyak 15% tenaga kerja syarikat tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, sebelum ini syarikat tersebut telah membuang 600 pekerja pada bulan Januari, dan 200 tambahan lagi pada Jun.

Difahamkan, langkah tersebut diambil untuk mengoptimasikan kos operasi perkhidmatan penstriman berkenaan.

Spotify buang pekerja

image is not available

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mendedahkan pada tahun 2020 dan 2021, pihaknya telah merekrut lebihan pekerja yang telah memberi kesan kepada syarikat.

Sementara itu, Spotify mempunyai lebih 600 juta pengguna di laman penstriman tersebut dan meletakkan sasaran untuk mencapai 1 bilion pengguna menjelang 2030 kelak.

image is not available

Keputusan mengurangkan tenaga kerja ini mampu mengurangkan kos operasi yang secara tidak langsung akan meningkatkan keuntungan dengan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

image is not available

Sumber: Astro Awani (Amanz)