Spotify DJ Kini Boleh Digunakan Pada Jam Wear OS

TechnologyDigital
2 Jun 2023 • 11:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri yang saya ingin sangat saya gunakan ialah Spotify DJ tetapi sayang sekali ia belum diaktifkan kepada pengguna di Malaysia. Ia merupakan kecerdasan buatan (AI) yang menjadi pengganti kepada DJ manusia yang memainkan muzik mengikut citarasa pengguna dan turut memberi komentar mengenai lagu sebelum ia dimainkan. Terkini ciri ini dikembangkan lagi ke pengguna jam tangan pintar Wear OS pula.

image is not available

Dalam kemas kini aplikasi Spotify untuk Wear OS, AI DJ ini hadir melalui tile baharu. Melaluinya DJ boleh mencadangkan muzik dan episod podsiar kegemaran pengguna. Suara DJ ini adalah oleh Xavier “X” Jernigan iaitu DJ Spotify tersendiri.

Cuma buat masa ini akses kepada Spotify AI DJ terhad kepada pelanggan Spotify Premium di Amerika Syarikat, UK, Ireland dan Kanada tanpa sebarang informasi bila ia akan ditawarkan kepada pengguna Malaysia.