Spotify Kini Membenarkan Artis Membayar Untuk Mempromosikan Muzik Mereka

TechnologyDigital
14 Sep 2023 • 12:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iTunes menyelamatkan industri muzik dua puluh tahun yang lalu sebelum ia ranap disebabkan oleh cetak rompak. Spotify pula memudahkan ratusan juta muzik distrim pada peranti di mana jua anda berada dengan bayaran bulanan yang rendah.

Dengan terdapat ribuan artis di Spotify, pasti sukar untuk sesetengah artis mengetengahkan karya mereka. Hari ini Spotify memperkenalkan ciri Showcase khusus untuk artis mempromosikan diri mereka.

image is not available

Ia adalah ruangan iklan yang akan dipaparkan dalam aplikasi dengan bayaran $100 untuk setiap CPC. Artis boleh mengiklankan album berdasarkan ulang tahun, pelancaran album baharu dan untuk musim perayaan. Mereka juga boleh menyasarkan untuk iklan dipaparkan pada peminat yang mendengar muzik mereka sejak 28 hari yang lalu atau mencari pendengar baharu yang tidak pernah mendengar muzik mereka. Showcase ditawarkan kepada artis di 30 pasaran terpilih sahaja pada waktu ini dan Malaysia bukan salah satu daripadanya.

View Original Article