Spotify Kini Mempunyai 433 Juta Pengguna – 188 Juta Pengguna Berbayar

TechnologyDigital
27 Jul 2022 • 8:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify kini berkongsi mereka mempunyai lebih 433 juta pengguna aktif bulanan – sekaligus memperlihatkan peningkatan positif dari segi angka bulanan dari suku tahunan lepas.

Dari jumlah pengguna berkenaan, seramai 188 juta pengguna adalah pelanggan berbayar Spotify Premium.

Dalam suku tahunan lepas juga, Spotify telah mengambil-alih dua perkhidmatan, dimana yang pertama adalah Findaway memfokuskan kepada buku audio, selain Sonantic, iaitu sebuah platform memfokuskan kepada suara AI.

Spotify dilihat terus akan melabur dalam mempelbagaikan kandungan audio mereka, termasuk dari segi podsiar dan juga buku audio.