Spotify Menyasarkan Pengenalan Pelan “Music Pro” Pada Tahun Ini Pada Harga Langganan Lebih Tinggi

TechnologyDigital
15 Feb 2025 • 8:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify kini dilaporkan menyasarkan untuk memperkenalkan pelan pada harga lebih tinggi dinamakan “Music Pro”. Dengan harga langganan ini, Spotify menyasarkan sejumlah ciri tambahan, disasarkan kepada para peminat tegar muzik.

Antara ciri yang disasarkan adalah termasuk penawaran audio pada kualiti lebih tinggi, dan juga akses kepada tiket konsert lebih awal berbanding pengguna lain.

Buat masa ini, ia dikatakan pelbagai perbincangan dilakukan oleh pihak Spotify bersama pemegang hak dan label muzik berkenaan perkara ini. Spotify sebelum ini telah berkongsi mengatakan mereka merupakan antara penyumbang terbesar dalam industri muzik, dan dengan langkah pengenalan pelan ini, ia mungkin akan terus mengukuhkan kedudukan Spotify dalam arena muzik dan audio.

Selain Spotify, beberapa perkhidmatan lain turut menyediakan akses kepada muzik berkualiti tinggi – tetapi penawaran akses awal kepada tiket konsert mungkin membuatkan tawaran Spotify lebih menarik dalam kalangan peminat muzik.