Spotify Mula Memperkenalkan Sokongan Audio Nirhilang Sehingga 24-bit/44.1kHz FLAC

TechnologyDigital
10 Sep 2025 • 8:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setelah sekian lama dinantikan semua pelanggan Spotify Premium, bermula hari ini Spotify telah mula memperkenalkan sokongan penstriman audio nirhilang kepada pelanggan di beberapa buah negara. Spotify mengatakan akan memperkenalkan ia secara berperingkat kepada lebih 50 negara menjelang Oktober ini.

Dengan sokongan audio nirhilang ini, pengguna boleh strim audio sehingga ke 24-bit/44.1kHz FLAC, sekaligus menikmati audio pada kualiti lebih baik. Spotify mengatakan sokongan audio nirhilang ini ditawarkan kepada hampir semua lagu di platform tersebut.

image is not available

Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu ke Settings & Privacy > Media Quality, dan seterusnya memilih tetapan bagaimana memainkan audio nirhilang.

Sokongan audio berkualiti tinggi ini ditawarkan untuk pelanggan Spotify Premium di peranti mudah-alih, desktop, tablet dan juga peranti yang menyokong Spotify Connect.