Spotify naik harga di 59 negara, apa alternatif anda?

25 Jul 2023 • 7:53 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Spotify mengumumkan yang mereka akan melakukan penyelarasan (naik harga) pada yuran langganan bulanan mereka untuk pasaran tertentu. Dalam pasaran Amerika Syarikat misalnya, berikut adalah harga baharu yang telah ditetapkan:

  • Premium Individual – USD9.99 USD10.99
  • Premium Duo – USD12.99 USD14.99
  • Premium Family – USD15.99 USD16.99
  • Premium Student – USD4.99 USD5.99

Kelihatan kenaikan sekurang-kurangnya USD1 dilakukan sementara untuk Premium Duo pula ditokok sebanyak USD2. Seperti penyedia perkhidmatan yang lain, antara faktor yang dipetik untuk kenaikkan ini adalah untuk memastikan pengalaman pelanggan dan juga penyumbang kandungan tetap terjamin.

Berita baiknya adalah, Malaysia tidak terlibat dalam kenaikan ini. Negara-negara yang terlibat ialah Andorra, Albania, Argentina, Austria, Australia, Bosnia and Herzegovina, Belgium, Bulgaria, Brazil, Canada, Chile, Colombia, Costa Rica, Cyprus, Denmark, Ecuador, Estonia, Spain, Finland, France, United Kingdom, Greece, Guatemala, Hong Kong, Croatia, Indonesia, Ireland, Israel, Iceland, Italy, Lithuania, Luxembourg, Latvia, Monaco, Montenegro, North Macedonia, Malta, Mexico, Netherlands, Norway, New Zealand, Peru, Portugal, Serbia, Sweden, Singapore, Slovenia, Slovakia, San Marino, Thailand, Türkiye, United States, dan Kosovo.

Singapura dan Thailand termasuk sekali dalam senarai itu. Makanya, kenaikan akan tetap berlaku untuk pelanggan kita dan hanya masa akan menentukannya.

image is not available

Buat masa ini, berikut adalah harga langganan untuk pengguna di Malaysia:

  • Premium Mini – RM0.75/hari
  • Premium Individual – RM14.90/bulan
  • Premium Duo – RM19.80/bulan
  • Premium Family – RM23.80/bulan
  • Premium Student – RM7.50

Sumber: Spotify