Spotify Perkenalkan 3 Penambahbaikan Pada Paparan Lirik

EntertainmentTechnology
5 Feb 2026 • 12:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify memperkenalkan tiga penambahbaikan utama pada fungsi lirik yang kini menjadi salah satu fungsi paling digemari dalam aplikasi tersebut.

image is not available

Pertama, ciri terjemahan lirik kini tersedia di seluruh dunia. Dengan hanya menekan ikon terjemahan pada kad lirik, pengguna dapat melihat terjemahan yang dipaparkan di bawah lirik asal. Paparan lirik ini akan mengikut bahasa lalai peranti namun pengguna boleh menukar semula kepada lirik asal pada bila-bila masa. Menariknya, ciri ini ditawarkan kepada semua sama ada pengguna percuma mahupun Premium.

image is not available

Selain itu, Spotify turut memperkenalkan fungsi yang membolehkan lirik disimpan secara automatik apabila lagu dimuat turun untuk pendengaran luar talian. Dengan adanya ciri ini, lirik tetap dapat diakses walaupun tanpa sambungan internet. Fungsi ini sedang dilancarkan secara berperingkat untuk pengguna Premium di seluruh dunia.

image is not available

Akhir sekali, Spotify hadir dengan pratonton lirik yang muncul terus di bawah album atau klip pendek semasa lagu dimainkan. Susun atur baharu ini bukan sahaja menjadikan lirik lebih mudah diikuti malah ia turut membantu pengguna kembali kepada lagu yang pernah mereka temui. Lebih menarik, pengguna boleh berkongsi baris lirik kegemaran ke media sosial terus daripada paparan ‘Now Playing’.

Pratonton lirik ini tersedia secara global untuk pengguna Free dan Premium di peranti iOS, Android serta tablet. Sekiranya mereka tidak mahu menggunakan fungsi ini, ia boleh ditutup dengan mudah melalui menu tiga titik dengan memilih pilihan ‘Lyrics Off’.