SPPNK: Tawaran Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah 2026

LocalPersonal Finance
13 Aug 2026 • 7:50 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) mempelawa anak-anak Kedah yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk memohon Pembiayaan Pendidikan Sesi Pengajian 2026/2027 menerusi pautan https://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai pembiayaan pendidikan ini.

Image from: SPPNK: Tawaran Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah 2026

Mengenai Pembiayaan Pendidikan SPPNK

Pembiayaan Pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.

Pembiayaan ini dikhaskan untuk anak negeri Kedah yang melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih.

Untuk tahun 20206, pembiayaan pendidikan ini diteruskan kepada anak-anak Kedah yang layak yang melanjutkan pengajian di IPT.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 11 Ogos 2026 sehingga 15 September 2026.

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Sijil: RM3,000.00 setahun
  • Diploma: RM5,000.00 setahun
  • Diploma (UniSHAMS): RM12,000.00 setahun
  • Ijazah Sarjana Muda (IPTA/IPTS lain): RM7,000.00 setahun
  • Ijazah Sarjana Muda (UniSHAMS): RM14,000.00 setahun

Syarat Umum

Syarat umum permohonan ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon / ibu / bapa lahir dan menetao di Kedah atau bermastautin sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Tahap kesihatan baik.
  4. Tidak menerima bantuan / tajaan kewangan dari mana-mana agensi.
  5. Ibu / Bapa / Penjaga tidak disenarai hitam / dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.
Image from: SPPNK: Tawaran Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah 2026

Peringkat Pengajian

Tawaran pembiayaan pendidikan ini dibuka kepada:

  • Pelajar tahun pertama (Semester 1 dan Semester 2) kemasukan baharu sesi pengajian 2026/2027 sahaja.
  • Sijil / Diploma /Ijazah Sarjana Muda kali pertama secara sepenuh masa di IPT dalam negara sahaja.

Peringkat SVM / STPM / TVET / Asasi / Matrikulasi / Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) / Diploma Eksekutif / Ijazah Sarjana (Master) / Doktor Falsafah (PhD) tidak layak memohon.

Senarai IPT

  • Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Semua Universiti Awam Tempatan
  • Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti di bawah:-
    • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    • Asian Institute of Medicine Science and Technology (AIMST)
    • Universiti Islam Melaka (UNIMEL)
    • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
    • TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute
    • Universiti Selangor (UNISEL) dan
    • Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.

Kaedah Permohonan

Permohonan adalah secara dalam talian (online) sahaja dengan melayari laman web rasmi SPPNK: https://sppnk.kedah.gov.my untuk memohon.

Tarikh semakan keputusan permohonan akan diumumkan dari semasa ke semasa, melalui laman web rasmi
SPPNK dan keputusan permohonan selepas tarikh tutup adalah muktamad.

Image from: SPPNK: Tawaran Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah 2026

Senarai Dokumen Diperlukan

Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • MyKad Pemohon
  • Silil Kelahiran Pemohon
  • Sijil SPM / SVM
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil Kokurikulum
  • MyKad Ibu dan Bapa / Waris
  • Slip Gaji Ibu dan Bapa
  • Borang Pengesahan Bermastautin
  • Surat Tawaran Pengajian ke IPT
  • Pengesahan Pendaftaran / Resit Bayaran Pendaftaran IPT
  • Sijil STPM / STAM / Matrikulasi / Asasi / Sijil / DVM / Diploma
  • Sijil Pengangkatan Anak Angkat (jika berkaitan)

Semua salinan dokumen sokongan mestilah JELAS dan telah DIAKUI SAH oleh individu yang tersenarai sahaja dan selain daripada kategori di bawah tidak diterima:

  • Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman:
    – Majistret / Pegawai Undang-Undang
  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan “A” / Gred 9 ke atas):
    – Pegawai Daerah / Penolong Pegawai Daerah / Penolong Setiausaha / Penolong Pengarah / Pengetua Sekolah / Guru Besar
  • Pesuruhjaya Sumpah yang berkhidmat di Mahkamah
  • Penghulu Mukim Negeri Kedah

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Pembiayaan Pendidikan SPPNK ini?

Pembiayaan pendidikan ini merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.

Bilakah tarikh permohonan boleh dibuat?

Tarikh permohonan boleh dibuat mulai 11 Ogos 2026 sehingga 15 September 2026.

Apakah peringkat pengajian yang layak memohon?

– Pelajar tahun pertama (Semester 1 dan Semester 2) kemasukan baharu sesi pengajian 2026/2027 sahaja.
– Sijil / Diploma /Ijazah Sarjana Muda kali pertama secara sepenuh masa di IPT dalam negara sahaja.

Berapakah kadar pembiayaan yang ditawarkan?

– Sijil: RM3,000.00 setahun
– Diploma: RM5,000.00 setahun
– Diploma (UniSHAMS): RM12,000.00 setahun
– Ijazah Sarjana Muda (IPTA/IPTS lain): RM7,000.00 setahun
– Ijazah Sarjana Muda (UniSHAMS): RM14,000.00 setahun

Jika saya menerima bantuan daripada agensi yang lain, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Pemohon mestilah tidak menerima bantuan atau tajaan kewangan dari mana-mana agensi.

Bagaimanakah saya ingin membuat permohonan pembiayaan ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://sppnk.kedah.gov.my.

Info Lanjut

  • Hotline: 04 702 7296 | 04-702 7291
  • E-mel: sppnk@kedah.gov.my
  • Alamat: Unit Penajaan SPPNK, Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved