Droneshield Melancarkan Pistol Anti Dron Yang Bersaiz Lebih Kecil

15 Jul 2019 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dron video yang boleh dibeli dengan mudah telah diubahsuai menjadi senjata di medan peperangan seperti yang berlaku di Ukraine. Sebuah syarikat Rusia telah berjaya menghasilkan dron dengan senapang patah dan juga misil anti kereta kebal. Pada waktu yang sama dron yang menceroboh ruang udara lapangan terbang boleh mengakibatkan gangguan operasi. Untuk situasi seperti ini senjata anti dron telah dibangunkan.

image is not available
DroneGun MkIII ialah senjata anti dron terkini keluaran Droneshield. Ia adalah sebuah pistol anti dron yang bersaiz kecil jika dibandingkan dengan senapang DroneGun Tactical yang dilancarkan tahun lalu dan model kemas kini kepada Dronegun dari tahun 2016. Ia boleh digunakan dengan sebelah tangan dan seberat 1.95 kg.

image is not available

Ia menghalang isyarat radio yang menstrim video kepada pengawal dron dan boleh memberikan arahan supaya ia mendarat atau terbang semula kepada pemilik. Kerana saiznya yang kecil, DroneGun MkIII yang mempunyai jarak operasi 500 meter sahaja. Dengan bateri yang disertakan, DroneGun MkIII boleh beroperasi sehingga sejam. Pihak Droneshield hanya menjual senjata mereka kepada pihak berkuasa sahaja buat masa ini.

View Original Article