SPR Ingatkan Kempen PRN Johor Tamat 11.59 Malam Ini, Calon Dilarang Merayu Undi Selepas Itu

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 10:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik sahaja tempoh rasmi kempen berakhir pada jam 11.59 malam ini.

Menerusi kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya, Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus menyatakan, selepas tempoh itu, sebarang bentuk kempen termasuk merayu undi secara fizikal mahupun menerusi media sosial seperti Facebook, X, Instagram, TikTok, Threads dan platform lain adalah tidak dibenarkan.

“SPR turut mengingatkan bahawa semua parti atau calon bertanding adalah dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggara barung pada hari mengundi kerana perkara tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Image from: SPR Ingatkan Kempen PRN Johor Tamat 11.59 Malam Ini, Calon Dilarang Merayu Undi Selepas Itu

Beliau turut mengingatkan pengundi bahawa penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi atau saluran mengundi adalah tidak dibenarkan.

“Pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi,” katanya.

Selain itu, Khairul Shahril menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar mengundi pada saat akhir dan digalakkan hadir mengikut masa yang disyorkan menerusi aplikasi MySPR Semak.

“Walau bagaimanapun, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari 8 pagi hingga 6 petang atau mengikut waktu pusat mengundi diwartakan,” katanya.

Image from: SPR Ingatkan Kempen PRN Johor Tamat 11.59 Malam Ini, Calon Dilarang Merayu Undi Selepas Itu

Beliau turut mengingatkan pengundi agar membawa kad pengenalan, membuat semakan maklumat pengundian terlebih dahulu serta tidak menyerahkan kad pengenalan kepada mana-mana pihak selain petugas pilihan raya.

Pada masa sama, majikan juga diingatkan supaya memberi tempoh munasabah kepada pekerja yang layak untuk keluar mengundi, manakala SPR memaklumkan semua peralatan dan kelengkapan pengundian telah disemak serta berada dalam keadaan baik bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR 

The post SPR Ingatkan Kempen PRN Johor Tamat 11.59 Malam Ini, Calon Dilarang Merayu Undi Selepas Itu appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved