SPR: Pusat mengundi SJKC Dengkil ditukar ke SRA Dengkil

18 Nov 2022 • 5:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pusat mengundi bagi Parlimen Sepang yang baharu adalah di Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil.

SPR dalam kenyataan memaklumkan pertukaran itu disebabkan tempat asal mengundi iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKC) Dengkil dinaiki air banjir kilat semalam.

“Pihak kami juga telah membuat lawatan tapak ke lokasi berkaitan di sekolah itu.

“SPR memutuskan bahawa sekolah berkenaan tidak sesuai lagi dijadikan pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-15 esok,” katanya.

SPR menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU15.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15) serta turut diadakan serentak ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved