Spritzer Botol Besar, Hadiah Kesihatan Yang Terbaik

9 Oct 2023 • 8:00 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Spritzer Botol Besar, Hadiah Kesihatan Yang Terbaik

Ah, keselesaan di rumah - dimana anda boleh menanggalkan kasut anda, bersantai di sofa, dan menjadi diri sendiri. Tapi sekejap, adakah kita lupa sesuatu yang penting? Ya, ia adalah kepentingan penghidratan, asas kesihatan kita. Bayangkan kepuasan menghilangkan dahaga dengan seteguk air mineral semulajadi yang segar dan kaya dengan mineral silika. Terima kasih kepada Spritzer yang sedia membawa penjagaan kesihatan ke rumah anda.

Kenali Spritzer: Air Mineral Semulajadi No.1 di Malaysia

Ditubuhkan pada tahun 1989, Spritzer mempunyai sejarah dalam membekalkan air mineral semulajadi terbaik kepada rakyat Malaysia, diperoleh terus dari hutan hujan seluas 390 ekar di Taiping, Perak - keluasannya setara dengan 295 padang bola sepak. Dianugerahkan tiga bintang emas untuk rasanya yang unggul, air Spritzer telah memenangi kelulusan daripada lebih 200 chef dan sommelier antarabangsa. Ia juga boleh menjadikan kopi anda rasa lebih sedap!

Kita semua tahu bahawa air adalah penting untuk kesihatan kita, tetapi tahukah anda bahawa air mineral semulajadi Spritzer kaya dengan mineral silika secara semulajadi? Berbanding dengan air tapisan yang biasanya mempunyai kandungan silika yang rendah, air mineral Spritzer mempunyai kandungan silika yang tinggi, sebanyak 60mg/L, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk penghidratan harian anda. Nutrien penting ini banyak memanfaatkan tubuh badan kita, ia dapat membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit yang lebih licin, rambut yang lebih berkilat, dan kuku yang lebih kuat.

Spritzer Adalah Sahabat Kesihatan Yang Sempurna Untuk Anda

Antara komitmen kerja dan kerja rumah, ia memang mudah untuk melupakan asas kesihatan: penghidratan. Itulah sebabnya Spritzer ingin mengingatkan anda bahawa kesihatan adalah senang untuk dijaga jika adanya akses mudah kepada air yang bersih dan berkhasiat.

Tempah pelan air tiga bulan Spritzer dengan lapan karton Spritzer 9.5L, dan anda akan dapat penghantaran pintu ke pintu. Tidak perlu angkat botol air yang berat dari kedai lagi. Pasukan logistik Spritzer akan menghantar pakej penghidratan anda pada minggu pertama setiap bulan.

Image from: Spritzer Botol Besar, Hadiah Kesihatan Yang Terbaik

Spritzer juga membekalkan dispenser pam air yang serasi dengan botol besar Spritzer 6L dan 9.5L. Hanya satu klik, dan gelas anda pasti terisi. Dispenser ini boleh dicas semula dengan menggunakan USB, sepadu dengan gaya hidup moden anda.

Untuk orang dewasa yang sibuk dengan kerja dan pelajar universiti, keperluan penghidratan sering menjadi sesuatu yang mudah dilupakan. Gunakanlah Dispenser Mini Spritzer: ringan, mudah alih, dan tiada pemasangan diperlukan. Letakkan sahaja botol besar Spritzer di atasnya, terus boleh minum!

Spritzer bukan sekadar air biasa; ia juga merupakan hadiah kesihatan yang terbaik. Jadi, jika anda hendak dapatkan sesuatu yang istimewa untuk orang tersayang, belilah pakej Spritzer botol besar beserta pam dispenser air dengan hanya satu klik sahaja.

Spritzer membawa penjagaan kesihatan terus ke pintu rumah, menjadikannya mudah bagi anda sekeluarga untuk kekal sihat, terhidrat, dan ceria selalu. Pesan Spritzer anda hari ini dan mulakan kehidupan yang bukan sahaja baik tetapi juga sihat dan terhidrat!