Spritzer Dedah Rahsia Air Mineral Kaya Silika, Bantu Kulit Dan Sendi

LocalHealth & Fitness
16 Oct 2025 • 2:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ramai minum air mineral sebab nak hilangkan dahaga, tetapi tahukah anda, tak semua air mineral sama?

Spritzer, jenama air mineral semula jadi no.1 di Malaysia, baru melancarkan kempen SILIQA, yang menunjukkan manfaat silika, bahan semula jadi dalam air Spritzer yang boleh bantu menghasilkan kolagen untuk kulit lebih anjal, sendi lebih fleksibel, dan badan lebih bertenaga.

Menerusi kempen terbaru ni, Spritzer mengajak rakyat Malaysia untuk mengubah cara kita minum air, daripada sekadar “minum cukup” kepada minum dengan lebih bijak untuk kesihatan diri.

image is not available

Duta jenama Spritzer, Anna Jobling, turut membintangi video khas berjudul “Discover the Secret to Your Best You” yang menampilkan kelebihan air kaya silika ini.

Selain tayangan di media sosial dan TV, kempen ni juga akan turun padang melalui SILIQA LED Glass Truck Roadshow yang akan menjelajahi ke seluruh negara bermula 28 Oktober hingga 10 Disember 2025.

Menariknya, pengunjung boleh menyertai aktiviti interaktif dan menangi patung edisi terhad SILIQA Squad Plushies, dimana setiap satu mewakili manfaat silika seperti kulit berseri, sendi kuat, tulang sihat dan rambut sihat.

image is not available

Nak tahu lebih lanjut tentang kempen ni atau jadual roadshow? Layari www.spritzer.com.my