SPRM bebas siasat Shamsul Iskandar! Kerajaan MADANI kekal teguh prinsip telus – PM Anwar

LocalPolitics
26 Nov 2025 • 11:40 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dirinya menerima surat perletakan jawatan daripada Setiausaha Politik Kanan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau merakamkan penghargaan kepada Shamsul Iskandar atas segala khidmat sepanjang tempoh bertugas di Pejabat Perdana Menteri.

Saya menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau,”katanya.

image is not available

Bagi menjawab dakwaan tular berkait Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan komitmen kerajaan terhadap ketelusan dan integriti.

SPRM bebas siasat Shamsul Iskandar

Tegasnya, sebarang tuduhan perlu diserahkan kepada pihak berautoriti untuk menyiasat secara bebas, tanpa tekanan politik atau pengaruh luar.

Menurutnya, kerajaan akan terus memastikan setiap proses berjalan mengikut undang-undang serta tidak menghalang siasatan terhadap mana-mana individu, termasuk pegawai di bawah pentadbiran sendiri.

“Saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.
“Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Elak salah faham, PN gesa SPRM siasat segera dakwaan salah laku Shamsul Iskandar

Shamsul semalam mengumumkan peletakan jawatan itu di media sosial tidak lama selepas Malaysiakini meminta komennya berkaitan dakwaan menerima RM600,000 daripada ahli perniagaan Albert Tei.

image is not available

image is not available

Shamsul berkata dia membuat keputusan itu susulan dakwaan percubaan untuk menyerangnya “dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani”.

Dia juga berkata akan mempertahankan dirinya.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved