SPRM Beku 41 Akaun Bank Aman Palestin Babit RM15 Juta

23 Nov 2023 • 2:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan amal Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain, semalam.

SPRM beku 41 akaun bank Aman Palestin

image is not available

Foto: Astro Awani

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, tindakan tersebut diambil susulan dakwaan pihak terbabit menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai yang telah dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

Menurut kenyataan tersebut, jumlah keseluruhan wang sumbangan daripada orang ramai kepada badan amal Aman Palestin adalah RM15,868,762.

Foto: Free Malaysia Today

Sebelum ini, SPRM turut membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan ketetangan berhubung kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya dalam kenyataan.

Tambah kenyataan tersebut, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting dan hasil siasatan awal, beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta.