SPRM bertemu FBI dan DOJ dalam misi jejak aset 1MDB

LocalPolitics
14 Dec 2025 • 12:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan pertemuan berprofil tinggi dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) di Washington dan New York pada 9 dan 11 Disember lalu dalam usaha menggerakkan semula kerjasama penyiasatan global.

Lawatan strategik itu diketuai Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, bersama Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, serta Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara (AGC), Norinna Bahadun.

Di Washington, delegasi Malaysia disambut Atase FBI ke Malaysia, Varinder Singh, sebelum mengadakan sesi perbincangan rasmi dengan Ketua Seksyen FBI Washington, Spencer Horn Chris Padurano.

SPRM dalam kenyataannya berkata, pertemuan diteruskan pula bersama ketua bahagian FBI New York, Paul Roberts di sana.

Perbincangan intensif di kedua-dua bandar itu bertujuan memperkukuh kembali rangkaian kerjasama rentas sempadan, termasuk penyelarasan siasatan antarabangsa, proses bantuan perundangan bersama (MLA), serta usaha menjejak dan memulihkan aset berkaitan 1MDB yang masih berada di luar negara.

Menurut kenyataan SPRM, FBI dan Jabatan Kehakiman AS menegaskan komitmen penuh mereka untuk mempertingkat koordinasi dengan SPRM, AGC dan NFCC bagi memastikan semua aset yang berada di luar negara dapat dijejak, disita dan dipulihkan mengikut undang-undang. - 14 Disember, 2025

The post SPRM bertemu FBI dan DOJ dalam misi jejak aset 1MDB appeared first on Scoop.