SPRM Cadang Lucut Harta Daim Berjumlah Lebih RM2 Bilion – Azam Baki

LocalPolitics
22 May 2025 • 10:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi bayangan bakal melucutkan hak pemilikan harta Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang tidak diisytiharkan bernilai sebanyak lebih RM2 bilion.

SPRM cadang lucut harta Daim

image is not available

Foto: Berita Harian

Menurut laporan malaysiakini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memaklumkan, sejumlah harta bernilai tinggi yang dimiliki Daim, keluarga dan rakan sekutunya sedang dibekukan oleh suruhanjaya itu.

“Aset-aset berkenaan sekiranya benar tak diisytihar adalah kesalahan.

“Walaupun ketiadaan Tun Daim lagi, kita sedang menuju ke arah itu (melucutkan harta) dan kita sedang melihat harta-harta berkaitan yang tidak diisytiharkan pada satu ketika dahulu.

“Kemudiannya terpulang kepada pendakwaan untuk membuat keputusan,” kata Azam pada sidang media di Putrajaya hari ini.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Untuk rekod, Tun Daim meninggal dunia jam 8.21 pagi di Hospital Assunta ketika beliau berusia 86 tahun pada 13 November 2024.

Sumber: malaysiakini