SPRM Dedah Ada Individu Lain Terbabit Rasuah Libatkan Pegawai Kanan Tentera Darat

LocalPolitics
2 Jan 2026 • 9:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan terdapat beberapa individu lain dikenal pasti terbabit dalam kes rasuah yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan Tentera Darat.

image is not available

Ada individu lain selain pegawai kanan Tentera Darat

Memetik laporan daripada Berita Harian, kenyataan tersebut dibuat susulan siasatan beberapa projek tender perolehan Tentera Darat yang sedang dijalankan sejak beberapa minggu lalu.

“Tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan bukti yang diperoleh,” kata SPRM, sambil memaklumkan bahawa pengesanan dan sekatan aset sedang dijalankan.

“SPRM tidak boleh memaklumkan jumlah nilai aset atau akaun bank kepada media buat masa ini memandangkan proses siasatan masih berjalan dan tidak semua aset dibekukan sepenuhnya,” tambahnya.

image is not available

Pegawai kanan Tentera Darat masih dirawat di ICU

Agensi itu turut menegaskan individu utama yang disyaki masih menerima rawatan perubatan, menyebabkan keterangan beliau belum diambil sepenuhnya.

“Oleh itu, keterangan individu berkenaan masih belum diambil sepenuhnya. SPRM menghormati aspek kesihatan serta hak individu itu selaras dengan prinsip undang-undang dan akan mengambil keterangan sebaik sahaja beliau disahkan sihat oleh pihak perubatan,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Pegawai Kanan Tentera Darat Berada Di ICU, SPRM Geledah Pejabat & Kediaman Rasmi

SPRM menegaskan tiada tempoh masa tetap bagi setiap fasa siasatan kerana ia bergantung kepada kerumitan kes, jumlah saksi, dan keperluan analisis dokumen serta kewangan.

 Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz)

The post SPRM Dedah Ada Individu Lain Terbabit Rasuah Libatkan Pegawai Kanan Tentera Darat appeared first on Borak Daily.