SPRM giat siasat penyelewengan RM2.3 bilion dana negara

9 Jun 2023 • 5:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
SPRM

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang giat memperoleh maklumat bagi siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion.

SPRM dalam satu kenyataannya berkata, suruhanjaya itu telah membekukan akaun bank berjumlah melebihi RM39 juta, melibatkan 192 akaun terdiri daripada 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Katanya, pembekuan akaun tersebut turut melibatkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri serta ahli keluarga mereka.

Selain itu menurutnya, SPRM turut merakam pernyataan dua individu bergelar Tan Sri tersebut serta membuat penggeledahan di kediaman dan premis-premis berkaitan melibatkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan berkenaan pada Rabu.

"Kesemua mereka telah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bagi tindakan-tindakan tersebut dan susulan itu beberapa dokumen berkaitan kes telah diperolehi," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved