SPRM Jawab Dakwaan Letak RM170 Juta Dalam ‘Safe House’

LocalPolitics
12 Mar 2025 • 11:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
sprm

Siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, terus menjadi perhatian apabila beliau dijadualkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, esok (Khamis) untuk memberi keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, wujud pula dakwaan bahawa wang tunai kira-kira RM170 juta yang ditemui dalam sebuah safe house kononnya diletakkan sendiri oleh SPRM.

image is not available

Namun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menepis dakwaan tersebut, menegaskan bahawa ia adalah tuduhan tidak berasas.

Siasatan dijalankan secara profesional dan dakwaan seperti itu tidak munasabah.- Katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa SPRM telah menyita 13 akaun bank bagi membantu siasatan kes ini.

Ismail Sabri dijangka hadir esok pagi…

image is not available

Menurut Azam, Ahli Parlimen Bera itu akan hadir ke SPRM pada jam 10 pagi selepas sijil cuti sakitnya tamat hari ini.

Beliau (Ismail Sabri) akan hadir untuk dirakam percakapan berdasarkan siasatan yang sedang dijalankan dan saksi-saksi tambahan (juga) akan dipanggil dalam tempoh terdekat secara berperingkat ke pejabat SPRM untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.- Katanya.

Azam membuat kenyataan ini ketika menghadiri Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara SPRM dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) semalam.

Siasatan bertambah, 23 saksi baharu akan dipanggil SPRM…

image is not available

Setakat ini, SPRM telah merekodkan keterangan daripada 36 saksi dan mengenal pasti 23 saksi baharu yang dijangka dipanggil dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Ismail Sabri sebelum ini pernah dikejarkan ke pusat perubatan swasta selepas rebah di rumahnya pada 21 Februari lalu. Kini, selepas tempoh rehatnya tamat, siasatan terhadapnya diteruskan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


The post

appeared first on

.