SPRM Kelantan tahan penjawat awam didakwa minta rasuah RM45,000

7 Sep 2023 • 4:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang penjawat awam sebuah jabatan kerajaan di negeri itu kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM45,000.

Menurut sumber lelaki berusia lingkungan 30-an disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai balasan melantik sebuah syarikat sebagai pembekal untuk program di bawah jabatan kerajaan berkenaan.

Beliau berkata lelaki ditahan kira-kira 9.45 pagi tadi di pejabat SPRM Kelantan ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM45,000 daripada individu berkenaan.

“Suspek juga dipercayai meniru tandatangan seorang pegawai wanita bagi meluluskan surat pelantikan sebagai pembekal bertujuan memperdayakan pemilik syarikat tersebut untuk membayar wang rasuah yang diminta,“ katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved