
LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan menahan tiga individu yang bertugas dengan jabatan kerajaan Sabah di sini setelah disyaki terlibat menerima rasuah bagi pengeluaran lesen kapal kecil.
Ketiga-tiga mereka ditahan di pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 12 tengah hari selepas memberi keterangan.
Pengarah SPRM Labuan Datu Robbyie Shym Datu Pindatun berkata penjawat awam berusia antara 50 dan 60 tahun itu akan dibawa ke mahkamah khas rasuah di sini untuk perintah reman.
“Ketiga-tiga penjawat awam itu yang kini bertugas di Lahad Datu dan Kota Kinabalu telah dipanggil ke pejabat SPRM di Labuan pada Rabu dan mereka kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau berkata mereka didakwa menerima antara RM3,000 dan RM5,000 bagi setiap permohonan lesen Kapal Kecil Berlesen Sabah daripada pengendali pelancongan antara 2017-2019.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
