SPRM lancar bilik gerakan PRK Kemaman

Politics
18 Nov 2023 • 6:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P040 Parlimen Kemaman.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan bilik gerakan PRK P040 Parlimen Kemaman yang beroperasi 24 jam mulai Sabtu hingga 2 Disember itu, terletak di SPRM Cawangan Kemaman, Bangunan Persekutuan, Jalan Melor, Gong Limau, Peti Surat 6000, 24000 Kemaman, Terengganu.

"Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada aduan.prk.terengganu@sprm.gov.my atau menghubungi talian 09-8502080,” menurut kenyataan itu.

SPRM juga mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya, selaras Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved