SPRM masih rakam keterangan isteri Daim: Peguam

Politics
10 Jan 2024 • 5:36 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA – Selepas lebih enam jam, sesi merakam keterangan isteri Tun Daim Zainuddin masih berjalan manakala dua anaknya sudah selesai.

Perkara itu dimaklumkan peguam mereka, Rajesh Nagarajan menerusi WhatsApp kepada media hari ini.

"Sesi merakam keterangan di pihak Toh Puan Naimah Abdul Khalid masih berjalan sementara anak-anak Tun Daim sudah habis memberikan keterangan," katanya hari ini.

Dalam pada itu, Rajesh berkata, tiada apa-apa kenyataan akan dibuat oleh ketiga-tiga mereka kepada media selepas selesai sesi tersebut.

Naimah serta dua anak lelakinya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir tiba pada jam 10.10 pagi tadi, dengan diiringi dua peguam.

Ketika bercakap kepada media, Naimah mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaan sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.

Tambah Naimah, kejayaan ini dijadikan alasan untuk memfitnah nama baik suaminya dan menggambarkan bahawa beliau seorang perasuah.

“Umum mengetahui Daim merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kerajaan pada 1984. Malah, media secara meluas merujuk beliau hartawan dan jutawan sebelum memegang jawatan awam 40 tahun lalu.

“Kini, sebuah kempen memutarbelit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa beliau seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya.

“Ia sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan terlepas daripada tuduhan sedemikian. Di lapangan awam, dakwaan seperti ini tidak mudah hilang begitu sahaja,” katanya di pekarangan ibu pejabat SPRM hari ini. - 10 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved