SPRM mesti bebas dari pengaruh eksekutif, tegas PM

Politics
1 Oct 2023 • 3:29 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bebas daripada pengaruh eksekutif, demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, badan berkenaan mesti tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi mesti memperteguhkan usaha mencegah gejala rasuah.

'Negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat,'' katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, sempena ulang tahun ke-56 SPRM.



Tegas beliau, negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat.

"Saya yakin akan kemampuan SPRM memaknai cita-cita luhur ini demi rakyat dan negara,'' katanya. - 1 Oktober 2023